Sunday, August 28, 2011

Happy Eid to All



sebelum kami sekeluarga bertolak balik kampung di Kedah malam ini, saya dan keluarga berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada anda., sesiapa yg sudi singgah blog ini.


saya susun sepuluh jari seikhlas hati memohon jutaan kemaafan dan keampunan pada sesiapa saja yg pernah saya lukai. wholeheartedly, i'm sorry... maafkan saya.


sebelum saya undur diri, saya tinggalkan video ini utk anda. moga aidlifitri ini lebih bermakna buat anda semua. sehingga berjumpa lagi (kalau panjang umo).


alamak.... lagu yg dicari tak jumpa la... tak ingat tajuk dan penyanyi... yg pasti lagu tu sedih je... utk dituju buat si dia. huk3...


apa2 pun utk anda semua, saya tujukan lagu ini yek.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin






Saturday, August 27, 2011

Tsunami Cinta Kembali Lagi





hish... ntah pape je.. raya da nak dekat. tapi gaduh tetap on. hurm... maybe it'll be serious soon. saya cam nak redha je la ape nak jadi kali ni. dia tak mampu buat segalanya utk saya. tu bukan tanda seorang lelaki yg benar2 cintakan seorang gadis. betul tak?


mungkin dalam hal ni saya juga salah. tapi perkara tu sgt terkesan di hati. salahkah saya utk merasa kecik hati? saya bukan marah. cuma hati kecil merajuk. saya tak kesah dia keluar malam dengan kawan2 asalkan tak b'campur dgn pompuan. asalkan balik awal dan at least janji dengan saya dia takkan pandang pompuan lain.. atau ingat saya selalu.. atau tak nakal2.. tak kesah la dia nak bagitau dlm gurauan sekalipun. ini tak... dia marah saya. katanya dia kecik hati sbb saya slalu merajuk time dia nak keluar lepak dgn kawan2 (yup...saya mmg teruk). tapi takkan jadi teruk kalau dia pandai tackle hati saya. saya cuma mahu rasa secure dgn segala perkara yg dia buat. dan nak hepi2 saja. but now, he won't be able to contact me anymore. padan muka dia. 


yelah... selama ni kalau call saya asyik mengantuk je.. tp gerenti for sure kalau keluar dgn kawan2 kul 12 tgh mlm pun still boleh tahan ngantuk lagi. kan bagus kalau tak leh contact langsung. tak de lah nak ungkit mengungkit lagi. nampak sgt dia tak sayang saya. 


episod cinta saya ibarat membuka pekung di dada. but who care? this is my diary.. kalau tak nak baca, sila lah keluar dari sini.


hati itu bukan milik kita. ia milik Allah SWT. bila2 saja hati itu boleh berubah kalau dikehendakiNYA. tapi pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin kan?


Wordless Saturday: Facial Senang Untuk Raya


hari raya bakal menjelang tak lama lagi. 3 hari je lagi. so, sape2 yg nak kelihatan cantik di hari raya, jom la cuba petua senang nih. moga anda semua akan kelihatan cantik, menarik, kau mmg debooooom. layannn......




senang kan??? apa lagi? jom cuba.....

Wednesday, August 24, 2011

Cinta Berputik Kembali


Gambar Ehsan En. Google



Alhamdulillah...


itu je yg mampu saya ucapkan. ternyata kami tidak sanggup utk sama2 kehilangan. we made up again for hundred times and for just one reason. WE'RE IN LOVE & LOVE EACH OTHER STRONGER EACH TIME WE BREATH!


dan cita2 saya utk jadikan blog ini sebagai Bride2be blog akan jadi kenyataan (i'll announce it officially sooner or later). we are counting down d big day of our life. INSYAALLAH.


Gambar Ehsan En.Google

Tuesday, August 23, 2011

Tutup Lah Aurat


Gambar Hiasan Ehsan En. Google





"selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu sampai ke neraka"

"selangkah seorang isteri keluar dari rumah tanpa menutup aurat, selangkah juga suaminya itu sampai ke neraka"

"setitik airmata ibu kerana perbuatan mahupun kata-kata si anak, selamanya kamu dalam neraka selagi tiada keampunan kepadamu"



kepada anak perempuan yg masih punya ayah - jika anda sayangkan ayah anda, tutup lah aurat dengan sempurna. kerana aurat yg kamu perlihatkan kepada bukan muhrim akan menjadikan ayah anda bahan bakar neraka kelak.



kepada anak perempuan yg sudah tidak punya ayah - tahukah anda ayah anda sentiasa terseksa di alam kubur kerana aurat anda yg tidak ditutup dengan sempurna? 



kepada isteri-isteri yg tidak menutup aurat - aurat mu adalah aib suami. bukankah aib sang suami perlu dijaga? dayus lah suami-suami yg mengizinkan si isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.



-nauzubilla hi minzalik-

Monday, August 22, 2011

Saya Tahu Awak Sedih




jangan sedih2.. awak kene happy2 slalu. hidup perlu diteruskan. saya yakin awak akan lebih happy dan bahagia walau tanpa saya. 



tak ada lagi yg mengongkong

tak ada lagi yg sensitif melampau

tak ada lagi cemburu buta

tak ada lagi curiga



lihat... awak pasti akan happy hidup tanpa saya. saya pasti awak akan lebih bebas.




tak ada lagi yg menghalang awak pergi mancing ikan dari gelap malam sampai cerah pagi
(saya cuma bimbangkan awak. bukan mengongkong)

tak ada lagi yg menghalang awak keluar lepak dari malam sampai awal pagi
(saya bimbang hati awak berubah)

tak ada lagi yg mempersoal kejujuran dan kesetiaan awak
(saya mengaku saya cemburu. sebab masa awak bersama orang lain lebih banyak berbanding masa awak bersama saya)



lihat.... tanpa saya awak pasti akan lebih bebas dan happy.




kita tak akan bertegang urat kerana curiga saya lagi

kita tak akan bergaduh kerana salah faham lagi



percayalah awak akan bahagia hidup tanpa saya. lupakan saya dan hiduplah sebagaimana yg awak inginkan dalam hidup awak.



Hati Yang Tercalar


saya bukanlah seorang yg suka bercerita tentang sesuatu. lebih2 lagi bila ia melibatkan hati & perasaan. kadang2 saya pendam sendiri dalam diri. lalu biarkan waktu merawat segala luka.


saya seorang yg sgt pendiam dan tak banyak cakap. saya hanya bercakap bila perlu atau bila ditanya. saya lebih suka menghormati bicara orang lain daripada bercerita perihal sendiri. saya bimbang kata2 saya tinggal calar di hati orang. 


tapi... bila soal hati yg tak keruan dan calar di hati tak mampu lagi utk saya tanggung sendirian, saya butuh tempat mengadu. tapi saat ini, saya tidak punya sape2 utk berkongsi rasa. apatah lagi air mata tak segan lagi membanjiri pipi. pada yg singgah, harap sudi menitip sebaris kata semangat buat diri yg sedang berperang dgn kesedihan. 

Gambar Ehsan En. Google

bukan kehendak hati kalau begini lah hasilnya. namun apakan daya akal waras terlebih dulu mengatur langkah. keputusan yg dibuat bukan dipandu nafsu yg meraja atau hati yg hitam. akal pula bertindak tanpa dipandu rasa. gelora rasa ini kian membunuh. mahu diikut rasa? atau akal yg ternyata lebih waras?


kisah putus kasih ini dilalui hampir kesemua orang. dan hampir semua orang juga faham bagaimana rasanya melepaskan kasih yg pernah mekar di hati. tapi tak ramai yg tabah menghadapi. begitu juga saya. sakitnya seolah2 dunia juga hancur dan musnah.


tapi ternyata ceritera ini berbeza dari kebanyakan orang. akal yg waras tadi telah memandu saya utk memutuskan kasih yg terbina hampir 2 tahun. ya.. saya lah yg menjadi dalang pemusnah kasih itu. seperti madah di atas, kalau bukan kehendak hati, tak mungkin saya menangisi perpisahan ini. sungguh... hati tak pernah merelakan. tapi akal tetap pertahankan dialah benar. keputusan ini ternyata lebih baik bagi kedua belah pihak. 


saya tau saya tak pandai nak meluah rasa, apatah lagi menjelaskan dgn lebih terperinci lagi setiap maksud tersirat yg saya sampaikan. yg saya tau saya sedang menderita kehilangan seorang lelaki yg hampir 8 bulan lagi akan menjadi tunangan saya. saya menderita dengan keputusan yg saya sendiri buat demi memikirkan kebaikan bersama.

Gambar Ehsan En.Google

kami putus bukan seperti remaja yg baru belajar bercinta dan tiba2 putus di tengah jalan. kami sama2 matang dalam arus cinta yg mencari hanya satu destinasi pasti iaitu perkahwinan. tapi kami tak kuat utk menempuh cabaran demi mencapai destinasi yg ingin ditujui. kami tersungkur di pertengahan. lalu taufan cinta yg hadir semakin memisahkan dua hati yg sememangnya telah teguh bersatu. sikit demi sikit.. lalu akhirnya retak yg sedikit berubah menjadi serpihan kaca yg mula pecah berderai. 


sekali lagi saya tegaskan. demi kepentingan bersama, akal tanpa telah dulu membuat keputusan menyakitkan ini. saya sayang da. tapi dalam masa yg sama saya telah terlalu banyak menghukum dan mendera dia. sehingga saya tak mampu lagi berubah menjadi kekasih yg baik utk dia. saya buat keputusan menyakitkan ini demi sebuah kebahagiaan yg mungkin dia akan dapat bila bersama kekasih lain. kebahagiaan yg takmungkin akan didapati bila bersama saya. itu harapan saya. itu juga doa tulus saya.


saya layak utk menerima hukuman ini sebagaimana sakit yg saya tinggalkan utk dia rasa bila bersama saya. malah saya layak utk mendapat lebih banyak lagi kesedihan atas segala calar dan titik hitam yg telah saya tinggalkan jauh di sudut hati dia. saya sememangnya layak menerima penghukuman ini. malah rasa sakit ini masih tak mampu menyelamatkan saya dari rasa bersalah atas segala ketidakpercayaan dan curiga yg saya lemparkan atas kejujuran dan kesetiaan dia selama ini. lebih parah lagi saya juga perlu dihukum atas kesalahan membatasi kebebasan dia utk hidup sebagai seorang lelaki bujang. sememangnya rasa sakit yg mencengkam tatkala ini adalah selayaknya utk saya. saya patut dihukum.


ternyata saya lebih tenang sebegini. mencoret luahan hati yg entah siapa yg membacanya dan memahaminya. saya tau saya telah pendam lama segala rasa yg ada ini. walaupun bukan seluruh, cukup lah sekadar ini saja rahsia hati saya. mungkin di lain lembaran kita berbicara mengenai hati lagi...

Gambar Ehsan En. Google


terima kasih kerana sekurang2 nya anda tahu isi hati saya... tentang bagaimana rasa dan sakitnya sebuah perpisahan...........


Biarlah Rahsia



rasa susah sgt nak lelap malam ni... rasa macam ada sesuatu... rasa tak sedap hati... rasa yg terlalu mengganggu ketenangan...

lalu saya bangun dan terus online. lalu dgn jelas, terang dan nyata saya dapat jawapannya. bergenang juga airmata bila mengetahui punca & sebabnya. sedih... teramat sedih.....

Gambar Ehsan En. Google


...................................................................dan biarlah rahsia...................................................................

Sunday, August 21, 2011

Sejarah Saya Berblog


pertama kali saya kenal blog masa 1st year as a degree student. masa tu dalam terpaksa kami semua dikehendaki membuka akaun gmail, create our own blog & sign up for twitter. itu semua adalah syarat utk kelas IT. masa tu tak tau lagi apa tujuan blog dan kami semua rasa kenapa nak kene ada twitter? susah lah twitter ni.. tak faham lgsg.. dan macam2 lagi la rungutan yg kedengaran. 

Gambar Ehsan En. Google

lalu apa gunanya blog utk kelas tersebut? emm itulah salah satu medium utk kami submit assignment. dulu2 tak de lgsg t'pikir nak serius menulis blog. buka blog utk dpt markah & submit assigment jek. tapi yg bestnya saya dapat la belajar tentang blog kan. yg plg penting belajar camana nak buat banner utk blog sendiri. tp seriusly saya guna utk submit assignment sahaja. dan twitter pulak utk keep in touch with d lecturer klu ada apa2 info kelas cancel ke ape ke kan..

Gambar Ehsan En. Google

masa kelas tu memang tersangat la happy bagi saya. walaupun saya rasa susah sbb masa tu buta IT lagi.. tapi banyak sgt saya belajar tau. dari situ la saya tau guna adobe photoshop, buat video, guna swishmax dan sebagainya. dari kelas yg mulanya saya rasa sgt2 susah, akhirnya i can feel that this is my passion. sayalah org paling tekun edit banner, pilih pictures, edit video (utk swishmax punye presentation) sampai tak makan, tak tido tau.. (oh how i really miss those moments).

Gambar Ehsan En. Google

swishmax??? ok i tell u briefly.. cos we r not talking about other than blogging here. swishmax tu salah satu software macam movie maker. tapi function dia more huge than movie maker. movie maker sgt limited kegunaannya. anda boleh hasilkan video atau slideshow yg lebih cantik dan menarik dgn effect yg pelbagai. boleh lihat gambar dibawah to give u some idea about swishmax (to those yg tak tau la. yg tau tu, sila2 lah kongsikan ilmu anda di sini. mekasih..) :)


Gambar Ehsan En. Google

Gambar Ehsan En. Google

seronok kan?? saya mmg tak leh ingat masa saya tekun siapkan presentation swishmax tu. unfortunately bila sem da abes, blog itu dan twitter tersebut pun terbiar la kesendirian. sama jugak cam swishmax tu. sampai sekarang saya lgsg tak praktikkan kepakaran yg ada tu. (mesti da hilang entah ke mana ilmu yg ada tentang swish max tu.) blog memang tak ada hati langsung nak bukak. sampaikan password pun saya da tak ingat. tapi masa tu saya tak kisah langsung pasal blog ke, twitter ke... seolah2 masa yg berlalu biar lah berlalu dgn sejarah yg tercipta..


.......bersambung.......



Memori: My Girl

mesti korang ingat lagi drama hebat korea My Girl. yup... tgk berapa kali pun still tak puas. tapi entri ni bukan nak citer pasal My Girl ke... Gong Chan ke.. Yoo Rin ke.. tapi.........................

saya nak highlight some words dlm drama t'sebut yg saya sedang pk 2 3 arini. nak tau apa??? sebelum tu kita tgk soundtracks from drama My Girl ni.. Jommmm.....







"kalau rasa nak larikan diri, jangan pergi luar negara @ jauh2. larilah kat tempat yg tinggi"

lebih kurang la ayat dia. yup... saya rasa cam nak pergi jauh2 jek.. maybe dpt kurangkan sikit beban perasaan yg saya hadapi skrg. tukar angin mungkin lebih baik utk saya skrg..

hurrmmmmmm........



p/s tak sabar nak balik kedah next week. saya ada peluang pergi jauh dari tempat saya berada skrg. so tak payah pergi tempat tinggi2....

Ceritera Seorang Tok

pot pet pot pet...

hehe... jgn marah yek...

Pinjam nenek Upin & Ipin jap.. hehe

harini saya b'buka puasa di umah tok belah my mom di sg. buaya. tok yg saya saaaayang sgt. dari kecik saya duk ngan tok tu. kadang2 kesian gak kat tok. tentu dia sunyi kan? sejak saya pindah ikut my family, da jarang sgt2 jumpe tok. lebih2 lagi bila saya mula duduk KL. boleh dikatakan setahun tu maybe dlm 4 @ 5 kali je saya blk jumpe tok. kalau tok tau saya blk, dan tak g jenguk dia, terus dia g umah saya. tak leh klu saya balik dia tak jumpe..

saya tau dlm ramai2 cucu, saya lah yg paling tok sayang sekali. dulu masa kecik2 b'laku perebutan antara my parents dan tok.. di mana masing2 berebut nak jaga saya. sbbnya ma & abah duk jauh dulu. jd kalau saya ikut ma abah blk, susah lah tok nak jumpe saya lagi. saya bukanlah cucu sulung sebenarnya. ada ramai lagi abang2 sepupu dan kakak2 sepupu yg duk b'dekatan ngan umah tok tu. akhirnya ma abah mengalah dan saya pun duduk la ngan tok sampai 13 tahun. masa nak pindah, tok nangis2 tau. tapi masa tu tok tak m'halang pun. hu3.. sedih...

skrg, masa da jauh b'lalu. saya slalu jgk la b'mlm umah tok klu balik cuti panjang. cuma skrg je tak b'kesempatan lagi. saya tak nak susahkan tok. sbb tiap kali saya b'malam umah tok, saya rasa saya dah cukup2 susahkan tok. semua benda yg saya t'sebut kat mulut ni, tok akan usahakan utk dapatkan. especially bab makan2. dia sanggup kayuh beskal pergi kedai, pasar dan sebagainya. bila saya tak payah lah tok, dia akan senyap2 pergi jugak walau camana sekalipun. hu3...

SAYA
SAYANG
TOK 
SAYA

bila duk ngan tok, saya tak rasa sunyi. tok banyak cerita tau. dari satu cerita ke satu cerita yg lain langsung tak ada noktah. cerita dia b'sambung2. saya t'pk macamana tok ada begitu banyak idea utk b'cerita dan b'cakap.. dan b'cakap.. walaupun cerita dia kebanyakannya ulang2 benda yg sama. bila pk, saya rasa sedih gak. tok da sgt tua walaupun badan dia masih kuat lagi. tok mesti sunyi dan alami empty nest syndrome. (oh kdg2 saya minat gak perihal gerontologi). of course tok sgt sunyi. saya dapat tgk betapa gembiranya dia bila kami dtg b'buka dgn dia. 

sedih... tahun ni tak dapat beraya ngan tok. balik umah to'ki belah abah di kedah..... :(



Thursday, August 18, 2011

Alahai Kawan

adalah sorang sahabat saya ni kan... bukan nak mengumpat tau... cuma nak luahkan rasa kecewa ni je sikit. sambung citer...

adalah sorang sahabat ni.. baik sgt ngan saya dulu. time skolah dulu blaja sama2, lepak sama2.. tapi sahabat2 yg lain tak berapa suka saya rapat ngan dia. tak kesah lah kan.. saya baik je ngan org yg baik ngan saya.. pastu lepas PMR kami tak baik lagi sbb masa form 4 da lain2 kelas. xpe la.. saya tak kesah pun.. sampai lah lepas skolah, kami tetap kawan. cuma kali ni agak lain sikit. tapi saya tak nak cakap apa2 lagi. biarkan lah dia...

Gambar Ehsan En. Google

sebabnya.... saya perhatikan bila time susah, time perlukan bantuan, baru lah dia akan cari saya. nak tulis surat apply kerja & resume, dia cari saya.. apa2 yg b'kaitan ngan english, dia akan cari saya.. pendek kata kalau dia susah, dia akan cari saya. lepas da setel segala permasalahan dia, dia pergi senyap sunyi tanpa khabar berita. tanya khabar saya... langsung tak.

nasib baik lah kawen dia jemput. tapi malangnya saya tak dpt attend. satu sbb saya da kecik ati ngan dia. satu lagi mmg saya di KL masa tu. tak leh balik..

satu hari yg mulia, adalah dia tegur saya d FB. ajak jumpe. rindu katenya.. tapi........ betul apa yg saya katakan tadi. org cari kita bila susah  @ ada apa2 tujuan je. sgt2 tak ikhlas kan? rupanya dia nak jual barang kat saya. lalu saya diamkan diri. tak nyatakan apa2 persetujuan nak tgk dulu ke brg dia.. at last, dia sendiri pun terus diamkan diri. mana perginya rindu yg dia sebut tu??? sgt2 tak ikhlas. alahai kawan......

tak salah saya amek keputusan tak nak ada best friend. sbb org suka amek kesempatan atas kebaikan saya. kawan beribu2 lebih baik dari sahabat yg seorang...

PUTUS

Gambar Ehsan En. Google



ouch... PUTUS????

ye... tepat jam 12 mlm 18 Ogos 2011 saya da putus ngan mr. bf.. gile down skrg. tapi nak buat camana. anggap dia bukan jodoh saya.

ironinya gamba di atas, kami masing2 amek keputusan yg sama. sama2 setuju nak putus. sebabnya???? jom tgk kat bawah....

< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >
< >

banyaknya... macam tak nak gtau je kan?

ye... saya mmg tak nak kasi tau. sakit dowh...

i lost d best guy in d world.

i lost my hero.
(br je smlm talk about he as a special hero for me)

tak nak ungkit lagi. 

time will heal.



Tuesday, August 16, 2011

Hero Hatiku

saya saaaaayyang hero2 saya.... mmmuuahhhh!!

hero pertama dihati saya . . .

< >
< >
< >
< >
< >

orangnya amat mulia
yg sgt saya hormati
dan sayangi
beliau yg namakan saya
beliau juga yg jaga & besarkan saya
(walaupun bkn dgn tgn beliau sendiri)
pengorbanan terlalu besar seorang

ABAH

Gambar Hiasan Ehsan En. Google: Kasih seorang ayah

hero kedua yg amek tempat kat hati saya.....

< >
< >
< >
< >
< >

orangnya nakal, sweet & fun
tak de dah org lain nak manja2 ngan saya
gaduh2 ngan saya
kalau dia tak de, sunyi sepi la rumah
adik bongsu saya

DIK BA

Adik Kesayangan Saya Dik Ba @ Iqbal
hero seterusnya....

adik terakhir yg saya ada
kadang2 kelakar
kadang2 baran semacam
apepun saya sayang adik saya

AZIZI

Adik Kesayangan Saya Azizi
Agak2 diorang marah tak saya tempek gamba diorang kat sini??? halalkan je la erkk...

dan yang terakhir...

jeng..jeng..jeng...

hero yg paling special di hati saya

Hak Cipta Terpelihara tau
nama da terpampang kat situ
faham2 je la erk....

^_^

saya saaaaayyyang hero2 saya.... mmmmmuuuaaahhhh!!!!!



Toyota Prius in the House

wow!! everybody has dream car. what ur dream car would be? Suzuki Swift?? i know many like it. well everybody loves small car. u decide urself!

Gambar Ehsan En.Google
but this is my dream car. yup... it's Toyota Prius. never heard of it?? Oh My God... i really2 want this. kereta yg semakin mendapat tempat di hati pengguna sekarang. 

wow.... look at that. it's Toyota Prius!!!


Prius in red (wildfire).
Gambar Ehsan facebook.com/toyotaprius

Prius in Glacier White
Gambar Ehsan facebook.com/toyotaprius

ok... cukup la kita b'main warna. saya cuma nak perkenalkan Toyota Prius pada anda. sebab ramai lagi yg tak tau tentang kewujudan intelligent car like this (i mean in Malaysia and also Toyota has this one too). why it is called intelligent car? jom kita baca serba sedikit info yg mungkin menjawab segala pertanyaan anda.

Gambar Ehsan facebook.com/toyotaprius

Gambar Ehsan www.facebook.com/toyotaprius

Toyota Prius merupakan model kereta hibrid yg sgt2 sesuai bagi pencinta alam. ia bukan saja dpt memelihara alam sekitar, bahkan ia juga sgt menjimatkan. kenapa? kereta ni ada 2 powers. electric motor & enjin petrol. dua2 electric motor & enjin ni boleh digunakan independently @ can work together for increased power. macam mana nak pakai dua2 enjin ni? ia b'gantung pada  pemanduan anda. kalau u all nak pergi dkat je in town, u all blh guna electric motor je. kalau nak g jauh2 balik kampung, guna dua2 enjin ni, tak ke banyak save nye?? percayakah anda dengan hanya mengisi minyak RM5 dan mengekalkan kelajuan 60km/j dengan Toyota Prius 1.8 anda boleh memandu dari perak ke Johor dgn ECO mode??? woowww... dgn kereta ni, penggunaan bahan api amat menjimatkan. (minyak mahal kan skrg...). 

fuel consumption up to 38km/liter. 

1.8 liter enjin with 2.4. liter enjin performance. 

and it's a very silent operation. kereta ni sgt senyap ok. mmg tak ada bunyi langsung.

the car is complement with aerodynamic specs (just look at the above picture) and lightweight body.

selain itu, kereta ni juga ada ciri2 keselamatan yg sgt efisien dgn 9 SRS airbag. oh my God.. kereta u all ad brape je? hehe...

Gambar Ehsan facebook.com/toyotaprius

Gosh... saya bukan nak promote kereta ni ok. just wanna share with all of u on how great my dream car is. belum abes lagi tau... jom kite intai interior Prius pulak..

Gambar Ehsan En. Google
Gambar Ehsan facebook.com/toyotaprius

Gambar Ehsan facebook.com/toyotaprius

Gambar Ehsan facebook.com/toyotaprius

Gambar Ehsan facebook.com/toyotaprius

woww... cantik gila! tak sabar saya nak memiliki Prius.

jom start kumpul RM140,000. hihihi....


Monday, August 15, 2011

My Life is Boring Part II

sebelum ni saya ada citer pasal my boring life. skrg saya nak sambung lagi (betapa bosannya idupku rupenya). actually this is just the beginning for u all to know me better.

Gambar Ehsan En. Google



selain saya tak de ramai kawan, saya juga tak ramai adik beradik. saya cuma ada 2 orang adik lelaki. mmg bosan kan? saya tak ada sisters yg boleh share girl things with. no gossip girl also. hari2 saya duk ngadap adik saya yg 2 org tu (of cos hanya bila sem break). nasib baik la saya agak rapat dgn adik bongsu tu. slalu la main sama2. gurau2.. gaduh2.. pastu baik blk. ngan yg tgh tu je x brapa nak baik. maybe sbb dia da besar kot. tapi kalau ada apa2 kitorang ok je. aritu dia sms saya tanya cmne nak gtau ma yg dia nak kawen. hehehe.. kelakar kan? apepun 2 orang adik ni je la yg jadi pengubat hati saya.

Gambar Ehsan En.Google


klu kat kampus saya mmg tak ada sape2 yg rapat yg boleh share everything together. mr bf je la yg tiap2 ari care about me. even keluar shopping pun saya keluar sorang2 tau (coz mr bf duduk jauh tak leh slalu temankan saya). kadang2 nak ubat hati yg lara pun saya keluar sorang2 jugak. i used to have best friend kat campus. tp skrg dah tak ada. mr bf tak suka saya kawan ngan dia. tambah pulak.... emm... tak payah citer la. tak baik... so, from that incident saya da tak nak ada best friend lagi. saya rasa kita tak boleh t'lalu baik & rapat sgt dgn seseorg. so, saya kawan je ngan semua orang.

hurmm... tu la sedikit sebanyak tentang mengapa hidup saya sgt2 boring. maybe ada Part III pulak nanti. tunggu ye.... ^_^

Tanaman Yang Wajib Ada Kat Rumah

bagi org yg suka masak, tentu tau kepentingan beberapa jenis tumbuhan yg sgt2 perlu ada kat rumah. ye lah.. klu nak masak ape2 senang.. xpayah nak susah2 pegi pasar semata2 nak cari daun pokok kayu yg diperlukan utk memasak tu.


ini antara list pokok2 @ tanaman2 yg perlu ada kat umah. (mood berangan ada umah sendiri)


Gambar Ehsan http://www.jaycjayc.com
haa... tau tak pokok ape tu? itulah daun pandan. bagi saya penting sgt2 pokok ni kene tanam kat umah tau. senang nak buat kuih (perasan rajin buat kuih la tu). kalau ada daun pandan ni bila2 masa je boleh buat kuih2 faveret saya tu. buat air pun boleh. air sirap daun pandan.. fuhhh.. terangkat la time panas2 camni.




Gambar Ehsan En Google
keduanya tanaman yg wajib ada kat umah ialah... seperti pokok kat atas tu. tau tak pokok ape tu? daun kari ok.. ada pokok ni senang la nak buat kari ikan yu ke, mee kari ke, gulai ke... petik je kat pokok. kan senang..




Gambar Ehsan En Google
haaa... apa tu?? nampak cm lalang jek... itulah serai.. penting ni tau. banyak masakan kene guna dia ni. tapi saya nak ingatkan kalau nak tanam ni kene pndai jaga. kalau tak nanti semak cam lalang. tak pasal2 jd sarang ular pulak nanti kang. dan jgn pulak tanam serai wangi. letak dlm asam pedas ke, percik ke, lain pulak rasa dia kang. tapi serai wangi elok ditanam utk menghalau nyamuk tau.



Gambar Ehsan En Google
daun ni pun penting jugak. sape2 suka sgt makan rendang ke, gulai lemak cili api ke, mmg wajib la tanam pokok kunyit nni. bukan daun je blh guna. gali tanah, akarnya pun blh guna. (akar tu kunyit idup lah).




Gambar Ehsan En Google
seterusnya pokok ni pun penting jugak. bukn saja daun, malah buahnya juga blh digunakan dalam masakan dan mandian serta rawatan kecantikan. pokok limau purut. nak buat rendang ke, paprik ke, kene la ada daun ni.

itu antara tanaman yg wajib ada kat umah saya nanti. ada lagi.. tp kesuntukan masa la. so lain kali saya akan update lagi yerk. anda pula bagaimana? tak rasa ke kita mmg patut tanam tanaman2 ni??

p/s: nanti nak kene beli rumah yg ada halaman yg luas.senang nak b'cucuk tanam ni kan? hehe...

My Life is Boring

yup... dat's it.. cuba tgk kat sebelah kiri korang. nampak tak? nampak tak? nampak kan?? followers ad 3 je.. pastu post saya.. hurmm xde bnyk cm org len pun. tu maknanya idup saya sgt2 la bosan. cam xde ape pun happened in my life. so dull.. so boring.. huk3... :(

Gambar Ehsan En Google


trus terang saya xde ramai kwn baik. saya cuma ada beberapa org kwn baik. they are from my hometown. sekolah sama2, panjat pagar ponteng kelas sama2, suka, gelak, ketawa menangis sama2.. (oh how i miss those memories). tapi unfortunately sume besties saya da ada idup sendiri. semua da kawen dan ada anak. bila da kawen, da ada family, faham2 je lah kan. langsung tak ada masa utk saya lagi. huk3.. tapi i'm hepi for them. their life is just perfect.

saya ada jugak besties masa diploma dulu. oh they are soo lovely.. tapi lepas diploma, sume da bwk haluan masing2. sorang ke barat, sorang ke timur. luckily we still keep in touch. (sometimes).. especially cdah. she's always there for me. yg lain2 ada yg da kawen dan ada yg sibuk dgn study. everyone has their own life.

and the same goes to me.. saya mengaku saya hampir kehilangan kwn2 saya sbb saya juga sibuk with my own life. sibuk yg tak berapa nak sibuk actually. maklum lah jadual break saya tak sama cm jadual break org lain. sgt2 susah utk kami sama2 gather. bkn dgn kwn2 sahaja. my family pun sama. sampai banyak kali saya t'lepas peluang attend d big day of my cousins. (oh my... i'm so selfish. teruk sgt saya ni :(..... kan?)

luckily i have few friends from my current campus. walaupun x baik sgt dgn diorang, tp enjoy la. they are still my friends. (oh can't wait nak blk campus).


yup... but there's still a person that is always accompany me and care about me. the one and only person that is always there for me. but of course not everytime. dia juga sibuk dgn life dia (huk3...).


so trust me.. my life is bored... huk3...



Saturday, August 13, 2011

Mood Jiwang

bukan lah jiwang sgt pun.. saya cuma nak post lagu2 nostalgia yg selalu mr. bf tujukan utk saya.. hehe.. let's cek it out..


"Yang Terindah"

lagu ni hubby bg masa 1st anniversary kitorang. siap ngn slide show lg.. cantik.. tp malu lah nak post kat sini.. hehe..



"Luahan Hati"

yg ni rock kapak punye song. juga hubby tujukan utk saya. saya kan selalu wat perangai uduh.. sket2 nak putus.. nauzubillah..

...sehingga b'temu lagi...
_^_

Aishiteru



LIRIK

menunggu sesuatu yg sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar & trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yg sangat sulit tuk ku jalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang ku berpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana

gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia2
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh di sana rasa cemburu
merasuk ke dalam pikiran ku  melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yg kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita slalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a aku

kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang & waktu
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan a a ai aishiteru

saat ku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
ku mohon kau kembali

kimi ga touku ni itemo
ki no omoi ga tsunagaru kara
shiniteruyo
shiniteruyo

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita slalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a aku

kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang & waktu
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan a a ai aishiteru

oooo
a a ai aishiteru


(part ni xde dlm video di atas)
lupakan segala obsesi & ambisimu
akhiri semuanya
cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
ku mohon kau kembali


p/s: hubby tujukan lagu ni utk saya. dear kata klu sedih2 dgr la lagu ni. sob.. sob.. sob.. :( miss him badly :(



Makin Dekat Makin Takut

i takut nak kawen la u... hu3...


cam hape je kan? klu la mr. bf baca ni, gerenti for sure la dear kecik ati. sblm tu, elok la klu saya mintak maaf dulu pada yg terasa.. tak ada niat pun nak kecikkan ati sape2 ok.. just wanna express my own feeling in my own territory. tak salah kan?? lagipun tak ada niat pun nak timbulkan any controversial issue. i tetap nak kawen ngan u tau, hubby.....


ceritanya camni... i think this is normal for a bride to be (b2b) to have a thought like that. semua org takut nak kawen. lebih2 lagi bila pk soal tanggungjawab dan perkongsian hidup bersama nanti. entah lah... kenapa skrg boleh ada perasaan takut lak? sedangkan dear lah yg kita syg & cinta tiap2 ari. dan dear lah yg sentiasa ada dlm pikiran kita tiap saat. 


sesungguhnya alam perkahwinan tak seindah yg disangka. itulah yg slalu kita dgr org cakap kan? tapi.. nama pun hidup. ada turun naik nya.. ada suka duka nya.. sedangkan lidah pun boleh t'gigit.. ni kan pula 2 manusia yg punya dua pikiran, akal dan ati yg b'beza. macam2 boleh jadi kan?? eeiiii... takut...




Cincin sebagai tanda termeterainya sebuah ikatan suci.


macam2 ketakutan dan persoalan yg ada dlm diri saya skrg.


  • betul ke keputusan ni??
  • betul ke nak kawen ngan dear??
  • boleh ke dia jaga saya bila dah kawen nnti??
  • boleh ke dia sayang saya sama mcm dia sayang sblm kawen??
  • boleh ke saya jalankan tanggungjawab sbg isteri tanpa sedikit pun keluhan??
  • macam mana kehidupan lepas kawen nnti??
  • boleh ke dear setia ngan saya??
  • bahagia ke kami nnti??

hurmmm... mmg tak patut kan saya pk soalan2 tu? tapi in some point wajib pk jgk sume tu. apepun cuma 1 benda je yg saya pegang dan percaya. sebagaimana dear jaga family dear, mak ayah & adik beradik dear, begitulah dear akan jaga saya dan our own rumahtangga & family nnti. INSYAALLAH.. saya da tgk & tau bagaimana dear sgt2 b'tanggungjawab pada mak ayah & adik beradik. i'm so proud of him. hopefully it'll console me time by time. i do love him more than anything...


Monday, August 8, 2011

Pucuklensstudio Beraksi



PUCUKLENSSTUDIO
menawarkan khidmat photographer utk sebarang acara seperti majlis hari jadi, perkahwinan, pra perkahwinan, pertunangan, pengiklanan dan sebagainya. 

inilah peluang anda untuk merakamkan detik2 bahagia dgn penuh garapan yg indah dan kreatif drp kreativiti photographer PUCUKLENSSTUDIO.

anda pasti berpuas hati dgn khidmat yg diberikan.. klu tak percaya jom kita scrool ke bwh...









what's ur opinion about the pics? itu hanyalah sebahagian drp pics hasil kreativiti owner pucuklensstudio. sy tolong promote je ok.. apa kata klu kita tgk lg gambar2 kat bawah? cantiiiikkk....

















belum puas lagi membelek gambar2 yg cantik ni????

di atas merupakan antara koleksi pics from lensa pucuk photographer. kpd sape2 yg b'minat nak tgk banyak lagi gambar2 yg menarik blh add beliau di facebook...


jika anda juga b'minat utk mendapatkan khidmat photographer PUCUKLENSSTUDIO boleh lah terus hubungi beliau d facebook di atas ok...