Monday, December 6, 2010

SaLaM mAaL HijRaH

SELAMAT DATANG MUHARRAM 1432H!!!

moga tahun baru ini akan membawa lebih keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan buat aku dan korang sume... AMIN...


sempena awal Muharram ni, aku nak share doa awal tahun dan doa akhir tahun yg bilamana dibaca mengikut akan mendapat fadhilat dan keberkatan dariNYA. INSYAALLAH...

____________________


doa akhir tahun

doa ni dibaca 3x selepas asar, iaitu petang ari terakhir bulan zulhijjah


maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat2 baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara2 yg Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa2 itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yg sedemikian daripada apa yg engkau redhainya dan engkau menjanjikanku dengan pahala atas yg sedemikian itu. Maka aku memohon kepadamu.
Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga dan sahabat2nya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

___________________

doa awal tahun

dibaca 3x selepas maghrib pada malam 1 Muharram. selepas asar akhir Zulhijjah


maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW. nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat2nya dan kesejahteraan ke atas mereka. 

AMIN... AMIN... AMIN Ya Rabbal A'Lamin

No comments:

Post a Comment